Sunday, October 18, 2009

Petunjuk...

Salam tuk semua... Sejak akhir-akhir nie aku x pasti kenapa semua ini berlaku pada aku.. Adakah ini pengajaran pada aku supaya aku sedar yang dunia ini bulat, ataupun aku kene sentiasa berhati-hati dalam memilih kawan? Atau mungkin tidak meletak seratus peratus kepercayaan kepada sesiapa jua.. Entahlah mungkin aku bnyk melakukan kesalahan dan juga kesilapan... Aku berharap ada sinar dihujung jalan, insyaAllah...
Ya ALLAH AKU MEMOHON PETUNJUK DARIMU...

Wednesday, October 14, 2009

Dugaan Datang Lagi...

Sejak dua menjak nie, banyak perkara yang berlaku pada diri aku.. Mungkin ini takdir yang telah ditentukan untuk aku.. Tapi kadang kala harus kah kita berserah sepenuhnya pada takdir setelah apa yang berlaku tidak seperti yang kita harap-harapkan.. Mungkin ini dipanggil kehidupan, bila mana kita x selalu berada di dalam lingkungan bahagia, yang akan membuatkan kita alpa dan tidak memandang ke bawah.. Itulah manusia yang selalu alpa, sesuai dengan maksud manusia itu sendiri...

Bukan niat aku nak salahkan apa2 sahaja yang berlaku dalam hidup. cuma mungkin aku ingin mencari sedikit ketenangan dikala hati sedang berserabut.. Entah lah mungkin ada silap dimana-mana yang aku lakukan tanpa aku sedari... Mungkin apa yang berlaku sebagai satu pengajaran tuk aku berfikir..

Terima kasih tuhan kerana tidak melupakan hamba-Mu ini walaupun seringkali hambaMu lupa pada Penciptanya....

Ape Patut Aku Buat??

Bila dua sahabat sering bergaduh, dan kita adalah puncanya, even gaduh 2 x besar, apa patut kita buat??
Adakah patut kita undur diri
atau teruskan hidup macam biasa selagi mana kita tahu apa yang kita buat e2 tidak ada salahnya....